Baru-baru ini, aku ada mendapat mesej di facebook daripada salah seorang pembaca blog aku yang ingin menyambung belajar dalam bidang kejuruteraan awam, bertanyakan pendapat mengenai bidang ini. Sebelum itu aku ingin mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang baru memperolehi keputusan SPM tahun ini. Hari ini aku ingin bercerita serba sedikit mengenai kejuruteraan awam.
Aku rasa ramai yang sedia maklum serba sedikit mengenai kejuruteraan awam, amnya pelajar dari Sekolah Teknik. Secara menyeluruhnya, kejuruteraan awam ini merupakan bidang dimana kita membangunkan dan memberi kemudahan pada sesuatu kawasan, contohnya membina infrastruktur, bangunan, saliran, alam sekitar, geologi, hidrologi, rekabentuk struktur dan bahan, teknologi pembinaan dan macam-macam lagi.
Di UTM, Skudai, Fakulti Kejuruteraan Awam terbahagi kepada beberapa jabatan dan unit iaitu Jabatan Pengangkutan dan Geoteknik, Jabatan Struktur dan Bahan, Jabatan Hidraulik dan Hidrologi, Jabatan Alam Sekitar, Unit informasi teknologi untuk kejuruteraan awam, dan unit ukur.
Sepertimana yang dinyatakan mengenai jabatan dan unit yang ada di UTM, Skudai. Pelajar kejuruteraan awam akan diterap dengan pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kejuruteraan. Pelajar kejuruteraan awam akan belajar, asas ukur tanah, lukisan kejuruteraan,autocad, programing, rekabentuk struktur cth: bangunan dan jambatan, rekabentuk sistem jalan raya, rekabentuk sistem saliran, asas ilmu bendalir, mekanikal dan elektrikal, rekabentuk empangan, kajian mengenai batuan, tanah dan juga alam sekitar.
Sepertimana yang kita dapat lihat masa kini, negara sedang pesat membangun. Terdapat banyak kerja pembinaan dan pembangunan yang giat berjalan. Setiap kerja-kerja pembangunan ini adalah melibatkan jurutera kejuruteraan awam.
Bagi peluang pekerjaan, bagi pendapat aku semua bidang ada peluangnya tersendiri, cuma ia bergantung kepada diri kita sendiri untuk mengejar kerjaya yang ada. Bagi kejuruteraan awam, aku rasa kerjayanya agak meluas kerna kita mempelajari pelbagai ilmu kejuruteraan jadi peluang pekerjaan itu adalah banyak. Contohnya, kerja-kerja pembangunan infrastruktur, pembinaan, perunding pembangunan, pereka bentuk struktur, Site Engineer dan banyak lagi. Kerja-kerja kejuruteraan ini melibatkan semua syarikat yang berkaitan dengan pembangunan tidak kira Jabatan kerajaan mahupun swasta. Jika kita dapat sekarang ini pembinaan electrified double track project oleh MMC Gamuda, ia juga merupakan bidang kerja kejuruteraan awam.
Jadi sekiranya anda sangat berminat mendalami ilmu kejuruteraan awam boleh lah menyambung pelajaran ke bidang ini. Sekiranya inginkan info tambahan, boleh lah rujuk kepada laman web Fakulti Kejuruteraan Awam UTM.[sini]. SEKIAN.
