Teluk Senangin, Segari, Perak. Mungkin ramai yang tidak mengetahui kewujudan teluk ini. Ia sekarang sedang dimajukan bagi menarik lebih ramai pelancong. Mempunyai tapak perkhemahan dan juga challet yang mungkin tidak secantik challet-challet di tempat yang dikunjungi ramai.
Mesti ramai yang pernah pergi bermandi manda di Teluk Batik, Lumut Perak. Jadi mesti ramai yang pernah melintasi persimpangan untuk ke Teluk Senangin ini kerana laluannya adalah sama.
Teluk Senangin ini sangat sesuai bagi individu yang inginkan ketenangan kerana tidak ramai yang berkunjung ke Teluk ini, hanya sebilangan kumpulan keluarga dan penggemar memancing yang akan berkunjung ke teluk ini. Ini bukan bermaksud teluk ini tidak cantik atau kotor tetapi seperti yang dinyatakan tadi, ia masih belum popular. Di sini juga terdapat banyak remis(siput) iaitu sejenis siput berbentuk seperti kepah atau lala.
Cuti raya cina yang lepas (01 Feb 2011) telah membawa aku ke Teluk Senangin bersama keluarga yang sentiasa ada bersama aku semasa cuti. Dikesempatan itu aku telah mengambil beberapa keping gambar sebagai santapan dan kenangan serta untuk dikongsikan bersama-sama teman yang melawat blog ini.
1 Civillian:
thanks for sharing
Post a Comment