Malam ini sungguh gembira. First, dapat hilangkan bosan asyik dok kat bilik dan berbangga sebagai seorang anak Perak kerna terlibat dalam percubaan satu BETA(elerning bagi sekolah negeri Perak).
Test ini adalah untuk menguji server internet bagi 21orang dalam masa yang sama(serentak). Ujian dia senang, hanya perlu menjawab 20 soalan Sains dan 20 soalan Matematik UPSR. Pelajar universiti menjawab soalan UPSR? yang pasti tidak semua orang dapat markah penuh.
Ramai orang cakap, "ala soalan UPSR je, bukan susah, kacang jer". Tetapi kenyataannya ialah ia menjadi sukar bagi pelajar Universiti, kerana pelajar universiti banyak belajar benda-benda yang susah jadi bila berhadapan dengan benda yang senang ia akan jadi susah dan banyak melakukan kecuaian.
Perkara seperti ini mudah untuk ditangani. Masalah kecuaian ini terjadi apabila kita ambil ringan terhadap sesuatu hal, jadi ia akan mendorong kita untuk cuai. Bagi pendapat aku, untuk menangani masalah ini, kita perlu banyak membaca, kerna banyak dari perkara yang mudah itu asasnya daripada pengetahuan yang kita sedia ada yang kita perolehi kebanyakkannya daripada membaca.
Kesimpulannya, aku sangat gembira dapat join team ni dan membaca itu amat penting bagi ilmu pengetahuan serta soalan UPSR itu bukan mudah, kalau tak belajar, kita tak kan dapat markah penuh(haha). SEKIAN
1 Civillian:
pergh tahniah dowh...
sape rumet kaw... mesti byk tolong kaw...
Post a Comment