Hitam Putih Kehidupan. Kenapa hitam? kenapa putih? Renungi kehidupan kita sejenak. Sedarkah kita hanya warna ini ada lawan warnanya. Ia unik tidak seperti warna-warna lain yang sukar mencari padanannya.
Seperti juga kehidupan manusia ada jahat ada baiknya. Seringkali disinonimkan bahawa yang putih itu bererti hati yang suci lagi bersih, sedangkan yang hitam itu digambarkan hati yang penuh dendam. Adalah sukar untuk kita menentukan yang jahat itu sebenarnya jahat. Tetapi mudah bagi kita menentukan yang putih itu baik. Ini semua kerna, sepertimana kita lihat, apabila tercalit sedikit kekotoran pasti jelas kelihatan. Sebaliknya pula bagi hitam, seberapa banyak calitan kekotoran yang kena, belum tentu jelas kelihatan kotornya.
Disini aku bukan ingin menentukan siapa jahat atau siapa baik. Tapi keseimbangan hidup kita, dimana sentiasa ada baik ada buruk, ada duka ada suka, ada pahit ada manisnya. Apabila kita dapat mengimbangkan hidup kita nescaya kita akan hidup bahagia walaupun dihadapkan dengan jutaan ribu dugaan. Ini semua adalah kerna, apabila kita dapat mengimbangkannya, kita akan mendapat jawapan yang pasti bagi persoalan hidup kita. SEKIAN
2 Civillian:
definasi warna yg agak menarik...
i like your opinion..
keep it up!
terima kasih.
Post a Comment