Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini pasti mengharapkan sesuatu dalam hidup. Tidak kira budak kecik, remaja mahu pun dewasa. Kita selalu mengharapkan yang terbaik dalam hidup kita.
Tetapi sedarkah kita, memberi sepenuhnya pengharapan itu boleh memakan diri kita. Contohnya, kita mengharapkan keputusan peperiksaan kita bagus, kita akan kekal selamanya dengan kekasih kita atau kita akan dapat kerja yang dapat menjamin masa depan kita. Tidak semua perkara ini adalah seperti kita harapkan.
Sedarkah kita, ramai diantara masyarakat kita tidak dapat menanggung kenyataan apabila pengharapan atau impian kita itu tidak kesampaian atau dengan kata lain, ianya musnah. Disebabkan dugaan itu, ramai yang memilih jalan singkat iaitu membunuh diri atau meminggirkan diri daripada masyarakat sekeliling. Sudah pasti bagi yang berfikiran waras akan mengatakan "fikir positif, itu adalah dugaan". Tetapi tidak semua dapat menerimanya.
Sekiranya salah seorang daripada kita mempunyai harapan yang tinggi, kita seharusnya menjadikan apa yang kita inginkan itu sebagai landasan kepada kita untuk kita mencapainya dan bukannya kita jadikan ia suatu benda atau perkara yang kita mesti dapatkan. Kerna, apabila kita menjadikan ia landasan dalam perjalanan kita untuk mencapainya, ia akan mendorong kita untuk teruskan usaha.
Landasan ini juga boleh diertikan sama seperti prinsip hidup kita. Sekiranya kita menetapkan prinsip hidup kita adalah untuk mencapai kejayaan, kita akan sentiasa b'iringan dengannya walaupun kita dihadapi dengan kegagalan, kegagalan itu kita akan jadikan pengalaman untuk kita terus melangkah ke hadapan bukannya akur dengan kegagalan itu.
Hal ini berbeza apabila kita menetapkan matlamat itu pada satu puncak teratas. Kita akan mudah mengalah kerna kita tidak ada sesuatu yang menyokong kita.
Kesimpulannya, setiap apa yang kita hendak lakukan atau capai, mesti ada landasannya. Sekiranya tiada, kita akan mudah terbabas dan berputus asa. Sekian
0 Civillian:
Post a Comment