1 FEB 2011 - Sempena cuti raya cina yang hanya diberi masa seminggu sahaja. Aku telah diajak oleh maksu aku untuk berkelah di Teluk Senangin, Perak. Aku terus setujukan diri, maklumlah cuti anak tunggal sebenarnya sangat bosan kerna xde aktiviti di rumah. Nak ajak adik main PS2 ker, nak gaduh-gaduh ker semuanya xde, nak harapkan ASTRO yang macam-macam ada tu asyik ulang tayang je. Jadi bila ada peluang untuk bercuti dengan pantasnya aku bersetuju.
Sebenarnya, percutian ke Teluk Senangin ni ada tujuannya, iaitu untuk mengutip, mencari siput remis. Apa itu siput remis? mesti ramai yang tertanya-tanya apa itu siput remis. Siput remis ni rupa dia lebih kurang siput lala atau pun kepah. Disini aku terlupa untuk snap gambar siput tu sebab kelam kabut sangat nak balik sebab perut lapar nk makan Yong Tau Fu sup dekat manjung, Perak.
Percutian aku kali ini sangat menyeronokkan kerna hampir 3 jam berendam dalam air laut untuk mencari siput (Masak Lomak pun Sodap). Tambahan pulak percutian kali ini melibatkan jumlah ahli keluarga yang agak ramai iaitu Tok wan, opah, maksu, mak, abah dan aku. Selalunya hanya kami bertiga.
Dikesempatan itu, sambil mencari siput, aku sempat mempraktikan ilmu renang aku yang sudah lama aku tinggal kan. Aku tidak menyangka kualiti renang aku bertambah baik. Sebenarnya, berenang ni bukan sukar, ianya menjadi sukar bila kita set mind kita yang kita akan lemas, jadi disebabkan itu kita sukar untuk berenang lantas kita pun tenggelam. Lagipun, renang ini memerlukan stamina yang tinggi (tinggi tak tinggi sangat la) asalkan jantung kita sihat.
Satu kekurangan anak tunggal bila time drive. Tidak kira ke mana saja perjalanan tenaga aku akan dikerah untuk memandu. My boss (abah) akan dengan sendirinya akan meletak jawatan sebagai pemandu. Tapi nasiblah, aku ni pemandu yang berhemah. Aku akan maintainkan meter 90km/j je.susah nak lebih. Sebab apa? sebab orang ckp leh jimat minyak. Biasalah penjimatan itu penting (kan3).
Jadi, dikesempatan ini juga, aku ingin mempromote sesiapa saja yang cintakan lautan, boleh la datang ke sini. Challet ada tempat pun aman dan damai sebab tak ramai orang yang tahu tempat ini. SELAMAT BERCUTI.
0 Civillian:
Post a Comment