Sunday, February 13, 2011

Kenangan Zaman Sekolah (2005).

Apabila termenung sorang-sorang, sambil main tetikus (klik-klik kat facebook), sambil melihat profil kawan-kawan lama, tiba-tiba aku teringat zaman sekolah dulu. Zaman dimana aku gelarkan zaman kegemilangan aku. Bukan sebab aku jadi pemerintah masa tu, tapi zaman dimana aku terlalu aktif dengan aktiviti-aktiviti sekolah. Biasalah, anak tunggal mana ada aktiviti kat rumah sangat, jadi sekolah lah tempat aku meluahkan kebosanan aku.

Teringat lagi, aku zaman sekolah merupakan seorang Timbalan Ketua Pelajar. Ada sesetengah budak sekolah aku mengelarkan aku pengawas paling garang (haha kelakar aku rasa). Aku digelar begitu bukan apa, sebab muka aku serius lagipun aku mewarisi sifat tegas abah aku, jadi aku susah nak senyum tapi bila betul-betul kenal aku, aku sebenarnya sangat suka gelak.

Zaman sekolah dulu betul-betul tidak sama dengan masa di universiti. Masa sekolah dulu kerja nak seronok je, tak macam di universiti, kalau terlebih berseronok, last-last kita boleh hanyut dan belajar kemana exam kemana. Biasalah kalau zaman sekolah dulu bila dah nak dekat SPM baru terkejar-kejar nak belajar tapi lain pula di universiti, kalau ujian buat main-main, final exam mati nk kejar sebab semuanya ada markah (carry mark).

Zaman sekolah dulu, aktiviti aku penuh dengan bersukan (iyelah sekolah tiap-tiap tahun ada sukan sekolah, tak macam universiti ada sukan tapi tak sama macam sukan sekolah). Aku sangat minat sukan olahraga (form3=emas, form4=perak, form5=gangsa, haha makin meningkat umur makin turun level pingat aku). Selain daripada sukan, aku juga join muzik. Masa join muzik, aku join muzik gamelan. Masa tu enjoy gila, sebab banyak aktiviti luar sekolah persembahan sana sini. Merata-rata aku pergi.(sungguh seronok). Bagi aku, kalau bab muzik, contoh persembahan aku mesti masuk punya, masa tu music is my life.

Zaman sekolah dulu juga, band-band budak-budak remaja baru nak naik. Ada undergroundhardcorepunk,  skinhead, wah masa tu semua ni sangat popular sampai aku pun terpengaruh pergi jamming pastu ada gak try-try pakai celak.(kelakar sungguh).


Zaman sekolah dulu, budak tengah sekolah cakap, "tak sabar nak habis sekolah, boleh kerja, tak perlu lagi pakai baju uniform yang sama tiap-tiap hari". Budak dah habis sekolah cakap,"nanti hangpa dah habis sekolah, dah kerja, hangpa akan teringin dan rindu nak sekolah balik". 

Dulu aku juga tergolong dalam golongan yang nak bebas dari sekolah, tapi kini aku mengerti zaman sekolah itu adalah zaman paling bermakna dalam hidup, zaman yang penuh dengan kenangan, keseronokan, gelak-tawa, cita-cita, impian dan macam-macam lagi. Zaman dimana dalam kepala kita, kita nak berseronok dan belajar. Berbeza dengan masa kini iaitu masa dimana aku dah berusia 23 tahun. Makin kita meningkat dewasa, makin besar tanggungjawab kita (macam spiderman cakap tu). Jadi kepada yang masih bersekolah, hargailah saat-saat anda sedang bersekolah kerana ia merupakan zaman yang paling bermakna dan berharga yang kita tidak dapat ulanginya semula.SEKIAN.


Dalam kenangan sahabat semua : syafril,Tarmimi,Kojet,Shahril,Mat Daus,Amir,Halim, Syuk Mcd,m-rul,Hafizul, Syahir,Faiz, Syida, Aida, D-mah, Faez, Azniza, Lyana, yah, azira,aisyah dan lain-lain.


1 Civillian:

Unknown said... [Reply to comment]

aku pun rindu zaman sekolah...sedih plak rasa..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...