Pejam.....celik..Pejammm...celik, tidak aku sadari Tahun 3 Semester 2 semakin hampir ke penghujungnya. Yang pasti sudah bermacam perkara aku pelajari selama mengharungi semester ini. Rakan yang renggang menjadi rapat, rakan yang rapat bertambah rapat.
Tadi aku ada terbaca status-status facebook kawan-kawan sekelas, ramai yang balik bercuti ke kampung, mencuri waktu minggu ulangkaji yang kini tiba. Tinggallah aku sendirian di sini bersama blog aku ini. Makan malam seorang, duduk seorang, tengok movie seorang, study seorang, mandi seorang(haruslah), dan macam-macam lagi yang aku buat seorang diri.
Bukan aku tidak mahu balik, bukan aku tidak rindukan kampung halaman yang telah lama aku tinggalkan. Tetapi di sini aku ada kerja yang perlu diselesaikan. Projek design aku baru saja 20% siap gara-gara perlu melakukan pembetulan yang kerap, sehingga aku sudah jemu melihat kerja yang sama.
Tidak mengapa, kita harus berkorban untuk mencapai sesuatu yang kita kehendaki. Itulah perkara yang aku pelajari sepanjang semester ini. Aku perlu berkorban, aku perlu berusaha, aku tidak boleh mengharapkan orang lain untuk menentukan kejayaan aku, kerna kejayaan itu datang dari dalam diri kita sendiri. Sekiranya kita telah berusaha bersungguh dan berkorban demi kejayaan kita, kita pasti akan memperolehi sesuatu yang tidak akan menghampakan. Tetapi sekiranya hasilnya sebaliknya, janganlah kita kecewa kerna telah banyk perkara yang kita pelajari dalam tempuh berusaha itu.
Akhir kata dari aku, Berakit-rakit Ke Hulu, Berenang-renang Ke Tepian, Bersakit-sakit Dahulu, Bersenang-senang Kemudian. SEKIAN
0 Civillian:
Post a Comment