Aku rasa ramai yang perasaan setiap tiang-tiang papan tanda halaju di tepi-tepi jalan tidak kira sedang memandu ataupun tidak. Tetapi, berapa peratus sahaja yang peka terhadap nombor amaran halaju itu? 90km/j,110kmj atau 60km/j. Kenapa papan tanda itu dipacak di tepi-tepi jalan? Adakah ia sekadar hiasan kerna ramai pemandu yang tidak hiraukannya?
Tahukah anda? Papan tanda halaju itu bukan saja-saja dipacak di bahu jalan. Tetapi ia mempunyai tujuannya tersendiri. Papan tanda itu dipanggil "NATIONAL SPEED LIMIT". Selain bertujuan mengawal kelajuan kenderaan di atas jalan raya. Ia bertujuan untuk menyatakan laju selamat bagi sesebuah kenderaan di atas jalan raya tertentu.
Penting ke laju selamat dinyatakan? Laju selamat ditentukan atas faktor rekaan jalan raya itu sendiri. Sebuah jalan raya yang direka mempunyai had tampung kelajuannya sendiri. Sekiranya had laju rekabentuknya dilampaui, kemungkinan akan terjadi kemalangan kerna kegagalan jalan raya untuk menampung halaju tersebut. Halaju yang melebihi halaju selamat ini menyebabkan kurang daya geseran antara tayar kenderaan dan juga permukaan jalan raya, lantas menyebabkan kenderaan sukar membrek semasa kecemasan lalu menyebabkan kenderaan menggelongsor.
Laju selamat ini penting sekiranya terdapat jalan yang berselekoh atau berbukit. Sesebuah selekoh direka bentuk untuk laju tertentu berdasarkan sudut kesendengan, jejari dan geseran jalan sesebuah selekoh. Sekiranya laju selamat dilampaui, kemungkinan kenderaan akan terbabas.
Mungkin anda antara kita menyatakan bahawa walaupun dia melebihi halaju, dia masih selamat dari sebarang kemalangan. Tapi kita haruslah berwaspada, kerna jangka hayat sesebuah jalan akan berkurangan dari hari ke hari. Sekiranya nasib tidak menyebelahi kita, kemungkinan kita akan kemalangan walaupun kita hanya melebihi 10% halaju selamat yang dinyatakan.
Jadi kepada pemandu di luar sana, berhati-hatilah dengan kelajuan kenderaan anda. Kerna malang itu tidak berbau. SEKIAN.
1 Civillian:
hati2 dijln raya..
Post a Comment