Suatu masa dahulu, di zaman persekolahan aku selalu menyakinkan diri aku bahawa perjalanan yang patut aku tempuhi masih jauh. Aku tidak harus berputus-asa dalam menempuhi dugaan hidup. Sekiranya aku berputus-asa sekarang bagaimana aku ingin menempuh halangan dan cabaran dimasa akan datang, yang mana aku tidak tahu bagaimana dan berapa besarnya ia akan menghalang aku untuk aku mengapai cita-cita aku.
Pernah juga dalam mengharungi dugaan hidup, aku hampir tewas dan hampir berputus-asa untuk meneruskan perjuangan hidup. Tapi, aku yakinkan diri aku bahawa kebergantungan pada takdir adalah salah sama sekali. Kita harus berusaha memperbaiki apa yang buruk dan menambah-baik apa yang sememangnya baik. Kita tidak harus hanya berserah kepada takdir. Setiap satu masalah itu ada puncanya dan setiap masalah itu juga ada penyelesaian. Dapatkah anda bayangkan?seorang ahli matematik dapat menyelesaikan masalah berkaitan dengan nombor yang begitu rumit hanya dalam masa beberapa minit sahaja, dimana bagi sebilangan daripada kita, matematik itu adalah subjek yang merumitkan dan sukar. Kenapa?kenapa individu seperti ini dapat memikir sebegitu dahsyat sekali.
Disini aku ingin memberi pendekatan bahawa, kita perlu berusaha, berusaha mengunakan otak kita yang mempunyai beribu juta sel yang mampu menyelesaikan sesuatu masalah yang kritikal itu dengan mengunakan kebolehan otak kita pada tahap kritikal. Jika kita telah berusaha semampu yang kita boleh, tidak mustahil sesuatu masalah itu kita tidak dapat selesaikan, malah kita mampu mempertahankan sesuatu yang kita hampir terlepas. Tapi, kita perlu ingat setiap usaha itu perlu diiringan dengan kesabaran. Kesabaran merupakan kunci utama dalam menentukan kejayaan seseorang. Kesimpulannya kesabaran + usaha - masalah = KEJAYAAN.
0 Civillian:
Post a Comment