Sinopsis Filem Khurafat-Perjanjian Syaitan
Khurafat>>> Aku baru menonton cerita ini pada 19hb Januari. Atas desas-desus yg menggambarkan cerita ini sungguh menyeramkan dan memainkan scene yg penuh dgn kejutan membuatkan aku terpanggil untuk menontonnya..
Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh.
Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri … ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma paangan ini… Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung.
Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akurdengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta).
Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung. Akhirnya apakah kesudahan KHURAFAT?
Khurafat>>> Aku baru menonton cerita ini pada 19hb Januari. Atas desas-desus yg menggambarkan cerita ini sungguh menyeramkan dan memainkan scene yg penuh dgn kejutan membuatkan aku terpanggil untuk menontonnya..
Syamsul Yusof dan Lyana Jasmay merupakan pelakon utama dalam filem ini, tetapi kebanyakan ceritanya menceritakan cerita watak syamsul yusof. Filem ini memberi pendekatan kepada dunia mengenai amalan khurafat yg kerap diamalkan oleh segelintir masyarakat kita. KHURAFAT membawa maksud amalan bertasawul kepada si mati dgn harapan niat atau hajat dapat dikabulkan melalui si mati.
Sepertimana filem ini, ia menceritakan dimana Johan(syamsul) dan isterinya(lyana Jasmay) dihantui dan diganggu oleh bayangan makhluk halus yg berupa seorang wanita penuh darah di badannya..Permulaan cerita ini menimbulkan satu tanda tanya kepada penonton, siapakah dalang disebalik kejadian ini. Filem ini berjaya menimbulkan syak wasangka, sehingga penonton berbisik2 mengatakan org itu, org ini yg menyebabkan Johan dihantui.
Perjalanan cerita ini penuh dengan babak2 suspen dimana kebanyakan penonton terjerit2 terutamanya perempuan tidak kurang juga bagi lelaki. Babak2 ini lah yg membuatkan filem ini popular dikalangan penontonnya kerana ia membuatkan jantung sentiasa berdebar.
Di akhir cerita ini, ia telah membuktikan bahawa gangguan itu berlaku disebabkan Johan itu sendiri yg mengamalkan amalan khurafat, lantas memberi jawapan kepada persoalan penonton diawal cerita, dimana prasangka yg dibuat semuanya salah. Kesudahan cerita ini agak menyedihkan dan membuatkan penonton hilang rasa takut tapi sedih menyelubungi diri.
Antara scene yg mengejutkan dan menyeramkan smpai ada yg berkata2 "malam ni tidur jgn tutup lampu"
0 Civillian:
Post a Comment