Antara kesan buruknya, seseorang itu akan hilang semangat, seseorang itu akan mudah berputus-asa kerana tidak sanggup lg untuk menangani tekanan yg dihadapi. Hal ini sekaligus akan menjejaskan aktiviti harian seseorang itu, contohnya pekerjaan, pelajaran, & aktiviti-aktiviti sosial. Individu yang menghadapi tekanan ini akn lebih terdorong untuk menyendiri, individu ini akan hilang keyakinan diri untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Tekanan ini juga akan melemahkan daya tahan tubuh seseorang. Individu yg berhadapan dengan tekanan ini akan mudah diserang penyakit seperti demam dan sebagainya..individu ini juga akn lebih cepat penat lantas merosakkan aktiviti-aktiviti harian.
Mungkin kita tidak sedar, sesetengah pelajar akan mudah sakit saat peperiksaan semakin hampir. Ini adalah disebabkan oleh tekanan yg dihadapi untuk menduduki peperiksaan tersebut..Antara tanda-tanda awal tekanan adalah:
- Rasa hilang kawalan
- Banyak berpeluh
- Risau dan bimbang
- rasa tidak sihat
- sukar untuk tidur
- Terasa loya & gagal menumpukan perhatian
- Selera makan berubah.
- Terasa amat letih
- Perubahan perasaan atau fikiran, spt murung, kecewa, xberdaya & gelisah
Percayakah anda, sekiranya tekanan yg melampau ini tidak dibendung, ia akn membawa maut.Mungkin ramai beranggapan maut itu adalah "bunuh diri". Tidak juga, tekanan yang melampau akan membuatkan seseorang itu kemurungan dan hilang selera makan lantas membawa maut. Disebabkan hal ini, kita harus memilih jalan yg positif untuk menanganinya..
- BeBas TEKANAN, Hidup CeRiA
0 Civillian:
Post a Comment