Tuesday, October 26, 2010

KenApa LAPAN gelas??

Sedang sibuk aku study, aku tiba-tiba terasa dahaga..justeru aku terus mencapai botol air ku..fuss sungguh lega...Tiba-tiba aku terpikir "kenapa kita perlu minum LAPAN gelas air sehari?". aku terus mencari jawapannya..
Tahukah anda?air merupakan sesuatu yang penting dalam badan manusia, sekiranya kita sesat di hutan air merupakan sumber utama yang kita perlu cari untuk terus hidup di dalam hutan..tanpa air yang cukup manusia sukar untuk hidup lama. Kandungan air dalam badan manusia adalah berbeza mengikut jantina, badan lelaki membabitkan 65% air berbanding wanita iaitu 55%. Badan kita akan kehilangan air sebanyak 80% dalam sehari. kita akan kehilangan air dalam banyak cara iaitu melalui pembuangan najis, pernafasan, peluh dan air kencing. Sekiranya kita tidak minum air dengan kadar yang cukup, anda bayangkan dapatkah kita untuk cover balik air yang akan hilang sebanyak 80% itu?
Adakah anda sedar? mengapa kita terasa mengantuk semasa belajar di kelas? mengapa kita mudah penat dan mengantuk semasa belajar? ini semua adalah kesan daripada kekurangan air dalam badan. Kajian menyatakan bahawa kesan-kesan kekurangan air antaranya adalah seperti berikut:

  1. Tekanan darah menurun
  2. sakit kepala
  3. lemah daya ingatan
  4. sukar membuat kiraan
  5. mudah mengantuk
  6. badan menjadi lesu
Jadi, sepertimana yang disarankan oleh doktor, kita perlu minum sekurang-kurangnya LAPAN gelas air sehari atau satu liter air untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan..

0 Civillian:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...