Tetiba, aku terasa nak berbicara mengenai kepercayaan pula malam ini. Mungkin kerna kepercayaan ini ada kaitan dengan apa yang aku lalui. KEPERCAYAAN ini sebenarnya mudah saja konsepnya, iaitu kita meletakkan keyakinan kepada seseorang/sesuatu bahawa ia wujud, ada, dan melakukan apa yang kita yakini.
Berbalik kepada tajuk, sebenarnya kepercayaan ini sangat penting dalam hubungan. Dengan adanya kepercayaan ini, kita dapat berkerjasama, saling memahami dan mencapai kejayaan yang kita sama-sama impikan.
Isu kepercayaan ini sering kali berlaku dalam kehidupan pasangan kekasih dan suami isteri. Si lelaki tidak percayakan si gadis atau sebaliknya. Perasaan ragu-ragu itu ada baiknya dalam hubungan kerana ia boleh memberikan kesan positif tetapi yang menakutkan ialah ia memberikan kesan negatif lebih banyak daripada kesan positif.
Kurangnya kepercayaan pada pasangan kita akan memburukkan keadaan. Ia akan mengeruhkan keadaan yang padahalnya cuma masalah kecil. Contoh, si kekasih merasakan kekasihnya ada orang lain, atau menipu. Dengan wujudnya perasaan ini, pergaduhan akan berlaku sekiranya apa yang dinyatakan itu tidak benar, malah kemungkinan besar ia akan menyebabkan perpisahan.
Selain itu juga, masalah tidak percayaan ini juga tidak harus wujud dalam hubungan kita sesama rakan sekerja. Kerna, dengan wujudnya perasaan ini, kerjasama tidak dapat diwujudkan, lantas mengakibatkan tugas yang diberikan untuk kita lakukan bersama tergendala.
Jadi, bagi aku perasaan tidak percaya ini harus disingkirkan. Aku tahu, mungkin disebabkan apa yang pernah dilalui di masa silam menyebabkan kita tidak percaya pada seseorang, tetapi walau bagaimana pun kita harus memperbaikinya, kerna bukan semua orang sama, masih ada orang yang jujur di dunia ini. Kesimpulannya, sekiranya kita hendak hubungan kita berjalan lancar, dan berkekalan, terapkan lah rasa percaya itu dalam hati kerna ia bukan saja perkara yang baik, malah memberikan ketenangan kepada kita. Tidak perlu kita berasa sangsi dan serabutkan fikiran dengan perasaan tidak percaya itu. SEKIAN
0 Civillian:
Post a Comment