Saturday, June 11, 2011

Panorama Taman Tasik Taiping Yang Indah

USANG. Sudah agak lama aku tidak menghiasi blog aku ini dengan catatanku mahupun gambar. Mungkin kerna aku terlalu sibuk dengan latihan industri yang kini aku berada di Tapak Bina UPSI, Tanjung Malim atau kerna hati aku ini kekosongan. Kekosongan yang tiada diisi.

Kerjaya sebagai Jurutera Awam ini banyak memberikan pengalaman yang meluas disamping mengajar kita erti kehidupan. Sepanjang aku sebagai seorang trainee ni sudah banyak tempat aku berkelana. Semakin hari, semakin jauh aku dari kampung halaman.

Entry aku hari ini, bukan ingin menceritakan tentang tempat aku merantau, tetapi segalanya tentang kampung halaman yang aku rindui. Tempat yang sangat aku sukai, tempat aku meluahkan rasa, menghilangkan gundah-gulana dan tempat aku menenangkan hati iaitu taman tasik taiping.

Taman Tasik Taiping tempat sangat indah dengan pemandangan semulajadinya, dikelilingi air terjun dan pokok hijau yang memberikan pemandangan yang aman dan damai. Jadi aku ingin berkongsi gambar yang telah aku ambil dari sudut ketinggian 7 tingkat bangunan betul-betul di tepi taman tasik Taiping. Selamat menikmati. SEKIAN.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...