Saturday, March 8, 2014

Pilihan Itu Satu Kesilapan

       
Salam Semua..Salam Sejahtera..Berbicara mengenai pilihan..semestinya ramai yang pernah membuat pilihan dan pilihan itu dirasakannya satu kesilapan yang pernah dibuat..tidak terlepas bagi diri aku. Aku pernah membuat pilihan dan aku merasakan seperti aku telah membuat pilihan yang salah.

Bayangkan kita perlu memilih satu diantara dua..mesti ia membuatkan kita kusut dan serabut untuk memilih yg mana satu terbAik untuk kita. Sesungguhnya aku pernah memilih dan merasakan ia salah. Tetapi apabila dipandang dari  positif, ia bukannya kesilapan..ia sebenarnya sudah tertulis untuk kita dan kita harus berfikiran bahawa pilihan yang kita pilih itu merupakan satu cabaran untuk kita.

Kita tidak pernah tahu adakah pilihan kita itu adalah yang terbaik untuk kita. Hanya Pencipta sahaja yang tahu apa yg terbaik untuk kita. Contohnya, sekiranya kita berfikiran apa yang kita pilih hari ini adalah salah, dan kita sepatutnya pilih pilihan yang lain semasa membuat pilihan dahulu , adakah kita tahu pilihan itu adalah yang terbaik?apakah cabaran bagi pilihan tersebut.baik atau tidak. Kita tidak akan tahukan?

Jadi jangan pernah berfikir pilihan kita itu salah. Kerna setiap keputusan yang dibuat oleh kita itu ada hikmahnya, ada baiknya. Cuma apa yang perlu kita buat ialah cuba memperbaiki pilihan yang kita fikirkan salah itu kepada pilihan yang terbaik untuk kita.

Contohi lah kasih seorang ibu..apabila dikurniakan seorang cahaya mata, tidak kira bagaimana sekali pun keadaan anaknya. Dia tetap terima anaknya dengan penuh kasih sayang..Jadi walaubagaimana keadaan yang kita akan terima apabila kita telah membuat satu pilihan. Terimalah ia dengan hati yang tabah..tidak kira pilihan dalam pelajaran,kerjaya mahupun dunia berkeluarga..

SEKIAN.

Monday, March 3, 2014

Perjalanan Pencarian Ilmu

Salam Semua..Salam sejahtera..Hari ini aku ingin berkongsi perjalanan hidup aku mencari ilmu sehingga bergelar jurutera.

Alhamdulillah..perjalanan aku lancar walaupun perjalanan itu penuh dengan dugaan dan cabaran. Perkongsian ini bertujuan untuk membuka minda kepada adik2 serta rakan-rakan yg tertanya2 bolehkah dirinya memilih Civil Engineering sebagai pilihan kerjaya.

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT LARUT - Di sini bermula langkah kedua aku melalui perjalanan sebagai pelajar. Kenapa kedua?sebab aku xde gambar sekolah tabika (tabika kemas sungai wangi,setiawan)he..he.. Skcl ini hanya sekolah biasa, sekolah di kampung air kuning,taiping. Aku masa blajar sini Upsr biasa je 2A.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU MENTERI, CHANGKAT JERING - Langkah ketiga. Sekolah luar bandar juga.bukan asrama bukan teknik. Cuma ada kelebihan mata pelajaran lukisan kejuruteraan.itu pun sikit je. Masa sekolah ni aku x terpikir pn apa aku capai sekarang cuma aku pikir lulus spm. Alhamdulillah lepas Spm n PMR walaupn xgempak..ok la..org kata..ha..ha..

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,CITY CAMPUS KL - Di sinilah langkah aku bermula dalam dunia kejuruteraan awam.Masa ni aku xtahu pun apa itu kejuruteraan awam..aku redah je. Tp alhamdulillah lama2 aku paham apa itu kejuruteraan awam. Mungkin agak lambat berbanding rakan yang dari sekolah teknik tetapi aku berjaya juga habiskan diploma aku.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI - Di sini aku menyambung pengajian ijazah sarjana muda kejuruteraan awam.tempatnya tenteram,aman dan damai. Disini lah bermulanya aku memahami dengan lebih mendalam bidang ini. Aku berusaha bersungguh-sungguh untuk capai apa yang aku telah usahakan selama ini. Alhamdulillah aku berjaya juga habiskan degree aku walaupun susah payah (nangis pn ada gak) ha..ha..

HLA ASSOCIATES SB - Disinilah tempat aku bergelar CIVIL ENGINEER tempat kedua aku bekerja dalam dunia kejuruteraan awam. Tempat yang penuh cabaran tapi berharga. Sebuah syarikat perunding kejuruteraan major dalam water supply.

Demikian sudah perkongsian aku, jadi kepada yang keliru, untuk memilih bidang disebabkan tiada asas. Aku harap entry aku ini berguna..aku dulu pun zero. Aku hanya berserah kepada Allah(Tuhan yang satu) agar permudahkan perjalanan hidup aku. ALHAMDULILLAH AKU BERSYUKUR.

SEKIAN..




Saturday, March 1, 2014

Perunding Kejuruteraan Awam


Salam Semua..Salam Sejahtera..

Sekarang dah masuk bulan ke-enam aku bekerja sebagai jurutera awam di firma perunding Kuala Lumpur. Banyak cabaran yang terpaksa dilalui. Mana tidaknya, dulu kerja aku (site Engineer) jadikan plan lukisan kepada realiti, tetapi sekarang daripada pengiraan kepada plan lukisan. Agak mencabar sebenarnya.

Bila bekerja di "Water Supply Department" ni membuatkan aku lebih menghargai kegunaan air.Proses-proses untuk memudahkan rakyat menikmati bekalan air mentah sebenar sukar dan banyak peringkat. Sekarang pun, banyak isu kekurangan bekalan air, disebabkan musim kemarau.

Sembrong Timur. Hari-hari aku dengar diberita tv, astro, radio, hot fm..ha..ha..ha.. yang berbicara dengan isu ini. Kasihan masyarakat KLUANG JOHOR. TETAPI jangan risau. Syarikat aku bekerja sekarang dalam proses untuk merancang lantas membina tambahan bekalan air bagi membantu sembrong timur. Syarikat kami terlibat dalam pembinaan Empangan Kahang dan juga loji rawatan air. Jadi moga-moga dengan berkat dan izin Ilahi, harap projek ini dapat berjalan dengan lancar.

BTW, syarikat aku memerlukan Senior dan Junior Civil Engineer, sesiapa yang berminat boleh layari web kami www.hla-group.com. Dekat dan mudah lokasinya (Wangsa Maju saje..he..he..he..)

p/s Kepada yang komen dekat blog aku ni. Maaf sangat sebab lama aku menghilangkan diri..[SMILE]

SEKIAN

Sunday, October 6, 2013

Department of Water


Salam 1 Malaysia...Lame benor aku tak update blog aku nih..aku rasa dah setahun agaknye..Alhamdullah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menambah rezeki dah memperbaiki hidup aku..so far sebelum ini, hidup aku sangat sibuk..maklumlah dulu jadi site engineer...susah sangat nak bercuti atau nak rest...selama setahun aku berkerja as site engineer..tak pernah ambik anual leave pun..haha..

(Aku yang dulu bukan lah yang sekarang)..ewah nyanyi lagu TEGAR pulak aku..Actually, maksud aku dulu aku kerja sebagai site engineer(MainContractor) dan sekarang aku beralih kepada bidang yang lebih mencabar iaitu sebagai CivilEngineer of Water Deparment. Asyik bermain air je aku ni, dulu kerja dengan projek JPS sekarang dok Water Department.. So far sekarang still learning nak tambah knowledge and experience, dulu banyak kait dengan management site..sekarang jadi konsultan banyak kait dengan design..Harap2 Allah swt mempermudahkan kerjaya aku..Amin...

By the way, kepada yang aku xreply komen2 tu, aku mintak maaf sangat2..tak sempat, sibuk dengan paper work..when korang dah berkerjaya dalam bidang Civil Engineering nih korang akan tahu camne..tp tak bermaksud aku xkan reply komen korang, if aku ade masa..aku akan cuba jawab persoalan korang..(hahaha). Sekian.

Saturday, January 12, 2013

Mobile blogger ok tidak?

Lama sudah x update dalam blog ni kerna sibuk bekerja pagi petang siang malam. By the way,aku sekarang jaga projek dekat Parit Buntar,Perak. Macam2 cabaran yang perlu ditempuhi, lebih2 lagi dalam perancangan kerja serta cara bagaimana nk berkomunikasi dengan pegawai atasan serta berhadapan dengan klien pelbagai bangsar.kesabaran dan tahan terhadap tekanan sangat2 diperlukan.so bagi sesapa yang ingin terlibat dalam bidang civil ni haruslah mempunyai kesabaran yg tinggi,klau x, boleh meletop..ha ha ha..sekian

Sunday, August 26, 2012

Salam Aidilfitri & Merdeka


Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerna telah memanjangkan umur kita semua untuk bersama-sama menyambut lebaran yang mulia. Sesungguhnya, ia merupakan sebuah kejayaan bagi semua umat Islam yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat keredhaanNya di bulan Ramadhan yang barakah.

Bertemu kita disyawal yang dinanti, adalah dengan tujuan iaitu berkongsi kegembiraan dan mengeratkan lagi tali silaturahim sesama kita semua. Sesungguhnya, ikatan silaturahim itu amat penting bagi kita bagi memperolehi keredhaanNya.

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI maaf zahir batin atas salah silap, tersalah bahasa, sepanjang aku menghilang dari dunia blog ini dan sepanjang aku berbloging. 

Seiring dengan ini juga, aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN YANG KE-55. Bersyukurlah kita kerna masih bisa hidup bebas di negara sendiri, tetapi jangan pula dilupakan saudara-saudara kita yang masih berjuang demi menegakkan agama dan bangsa serta ingat, kebebasan dan kemerdekaan yang utama ialah kemerdekaan hati kita daripada taklukan anasir-anasir luar serta musuh utama hati kita iaitu Iblis laknatullah..SEKIAN.

Monday, April 16, 2012

Wednesday, April 4, 2012

Gambar Kelas Tahun Akhir


Minggu lepas,
kami semua menghadiri sesi bergambar bagi tahun akhir. Inilah rakan seperjuangan ku yang bersama-sama berjuang dalam jangka masa 6 tahun ini. 
Sayang sekali, 
tidak kesemua rakan seperjuangan yang dapat bergambar bersama kerna mempunyai hal lain pada waktu itu.
Aku harap dan berdoa agar impian kami semua tercapai selepas tamat pengajian Kejuruteraan Awam ini. InsyaAllah.

Tuesday, April 3, 2012

Makmal Terbaru Fakulti Kejuruteraan Awam UTM


Makmal Terbaru Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia. Skudai. Johor
Lebih besar dan berteknologi tinggi
Bagi pelajar postgraduate (Master n pHd)

Monday, April 2, 2012

Mengapa perlu mengambil program Kejuruteraan Awam di UTM?



Mengapa perlu mengambil program Kejuruteraan Awam? Kali ini, Fakulti Kejuruteraan Awam telah membuat satu video ringkas mengenai Fakulti Kejuruteraan Awam di UTM. Mungkin bagi yang berminat untuk mengambil bidang ini dapat menonton video ini bagi menambah minat kepada bidang kejuruteraan awam lantas menjawab persoalan hati..InsyaAllah.


Jadi mari kita menonton bersama-sama, hanya klik pada image video di atas. SEKIAN.

Sunday, April 1, 2012

Hasil Sentuhan photoshop + photography


Sharing gambar yg pernah tangkap kat TAIWAN dulu, dan hasil sentuhan photoshopnye..(haha)

Sunday, March 25, 2012

Cabaran Kerja Makin Meningkat

Wah..wah..wah..siapa cakap kerja senang daripada belajar?actually, semasa kita  belajar kita masih berkesempatan memperbetulkan kesilapan kita, tetapi di alam pekerjaan, kita berdepan dengan benda atau perkara yang realiti. Sekali tersilap langkah, punah segalanya.

Mungkin ramai yang sedang belajar teringin sangat cepat-cepat ke alam pekerjaan. Tetapi ingatlah, dalam hidup ini, semakin kita ke depan, semakin besar cabaran yang perlu kita tempuhi. Alam belajar merupakan satu alam yang penuh keseronokan, suka dan duka. Alam di mana kita perlu mengejar ilmu pengetahuan yang ada di dunia ini. Bagi alam pekerjaan pula, merupakan alam dimana kita mematangkan diri, setiap cabaran akan silih berganti dan memberi kita pengalaman dan pengetahuan yang banyak.

Setelah empat hari aku menempuh latihan industri, aku semakin merasakan kesibukan kerja. Banyak perkara yang perlu dilakukan dan diketahui. Jadi, oleh kerna itu, aku perlu mempercepatkan daya kefahaman aku dan aku perlu bergerak pantas. Bak kata Project Manager aku, "awak perlu cepat tangkap, kalau tidak nanti tertinggal".

Banyak yang aku belajar dalam empat hari ini. Terdapat satu software iaitu microsoft project, dimana aku perlu memahaminya. Semasa belajar di UTM, aku hanya belajar teorinya sahaja. Jadi aku tidak sabar untuk mempelajari software baru ini. Software ini diperlukan dalam Project Management, ia diperlukan untuk merancang kerja.



Esok aku perlu melawat tapak di Tanjung Malim pula, wah sungguh jauh. Jadi malam ini perlu tidur awal. Jadi, akhir kata daripada aku, hargailah setiap saat yang kita ada. SEKIAN.

Pentingnya AutoCAD dalam Kejuruteraan Awam


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Sudah lama aku tidak update blog ni..Dah usang macam lagu rahim makruf sudah. (haha). Mungkin disebabkan kesibukan tahun akhir membuatkan aku ketandusan idea untuk update blog. Kerja-kerja makmal dan tugasan report, betul-betul membuat badan aku penat lelah.

Entry aku kali ini ingin berbicara mengenai kepentingan autoCAD dalam Kejuruteraan Awam. Timbulnya idea ini kerna semester ini aku sekali lagi ditugaskan untuk melukis structural drawing bagi subjek Design Reinforced Concrete. Aku tertarik ingin berbicara mengenai kepentingan autoCAD ini apabila melihat rakan-rakan seperjuangan masih lagi tidak tahu mengunakan autoCAD sedangkan sudah tahun akhir Ijazah Sarjana Muda.

AutoCAD ini sebenarnya tidak susah untuk dipelajari, ia hanya memerlukan masa yang tidak lama untuk kita memahami konsepnya. Bahkan kita tidak perlu menduduki kursus pun untuk memahami asasnya. AutoCAD ini sangat penting bukan saja bagi kursus kejuruteraan awam, tetapi ia juga penting bagi kursus engineering (kejuruteraan) yang lain.

Sebagai seorang pelajar kejuruteraan, mengetahui asas pengunaan autoCAD adalah sangat penting. Kerna, waktu kita kerja nanti, autoCAD merupakan salah satu program yang selalu digunakan selain program ESTEEM. Bagi kejuruteraan awam, autoCAD akan digunakan bagi melukis plan dan melukis struktur bangunan. Sekiranya kita tidak mengetahui dan tidak mempelajari mengunakan autoCAD, jangankan melukis, mencetak (print) kita tidak akan tahu bagamana caranya sedangkan ianya penting sewaktu kita kerja nanti.

Rakan - rakan semua, janganlah anda merugikan masa belajar anda sebagai pelajar kejuruteraan awam dengan tidak belajar mengunakan autoCAD. Kerna seperti yang aku cakap sebelum ini, ia sangat penting. Banyak kerja- kerja yang berkaitan kejuruteraan awam memerlukan autoCAD. Jangan tangguhkan sehingga waktu kerja nanti baru nak belajar, belajarlah semasa kita masih berada dalam institut kerna ia merupakan masa yang sesuai untuk kita pelajari perkara yang kita tidak tahu. SEKIAN

Sunday, February 26, 2012

Coastal Engineering

As'kum semua.. Syukur alhamdulillah aku dapat mencari punca aku tidak dapat view post yang aku update. Hal ini adalah berpunca dari aku tak tukar view dashboard kepada view yang baru.

Entry aku kali ini bukan ingin berbicara nmengenai masalah yang aku hadapi dengan blog ini, tetapi ingin berkongsi cerita mengenai kelas pertama Coastal Engineering yang aku hadiri.

Coastal engineering merupakan salah satu cabang bagi kejuruteraan awam. Sebagai seorang pelajar atau engineer awam, ia tidak semestinya tertumpu pada pembinaan infrastruktur dan bangunan sahaja. Kita juga boleh memilih bidang untuk menghalang dan membaik pulih sesuatu yang berlaku di muka bumi kita ini.

Coastal engineering merupakan kejuruteraan persisiran pantai yang melibatkan lingkungan kawasan 20km/1-10km2 dari persisiran pantai. Kerja-kerja bagi Coastal engineering ini diperlukan sekiranya sesebuah kawasan pesisiran pantai ingin dimajukan. Sepertimana yang kita dapat lihat sekarang Danga Bay(under construction), Marina Bay dan Langkawi. Semua tempat ini sedang membangun yang melibatkan Coastal engineering.

Sepertimana yang kita dapat lihat sekirannya kita berjalan-jalan di pantai, contohnya, Pantai merdeka, Kedah dan Padang Kota, Penang. Terdapat binaan konkrit di sepanjang pesisirannya. Ini juga merupakan kerja-kerja yang dijalankan melibatkan Coastal Engineering bagi mengawal hakisan pantai.

Coastal Engineering merupakan kerjaya yang memberi pelbagai cabaran. Jadi, kepada yang berminat untuk mendalami ilmu Coastal Engineering, bolehlah menyertai program ini. Di UTM, basic Coastal Engineering ditawarkan di peringkat Ijazah(undergraduate) dan major di peringkat master(postgraduate). SEKIAN

Saturday, February 25, 2012

Friday, February 24, 2012

Sunday, January 15, 2012

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012..!

Patah tumbuh hilang berganti. Begitu juga tahun-tahun yang berlalu diganti pula dengan tahun yang baru. Sebelum ini umat Islam menyambut awal muharam, kali ini menyambut tahun baru pula. Jadi, dua kali kita berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik. Di harap apa yang kita semua impikan akan tercapai.

Kita boleh memandang ke belakang, tetapi hanya untuk mendapatkan pedoman. Kita hanya boleh menoleh sebentar sahaja ke belakang kerna apa yang berlalu tidak perlu dikenang selalu. Pada tahun baru ini, marilah kita cuba memenuhi segala impian kita yang masih tidak sempurna dengan cara baru dan cuba memenuhi impian kita yang baru kita ingin capaikan.

Sesaat kita meninggalkan detik tahun 2011, maka selangkah kita menuju hidup yang baru sudah pasti yang lebih baik. InsyaAllah, kita akan sentiasa dibantu sekiranya kita berada di jalan yang baik dan benar.

Jadi, kepada yang masih belum menunaikan impian 2011 maka cuba lah ia pada 2012 dengan pendekatan yang lebih baik. Bagi yang mengimpikan sesuatu yang baru, berusaha mendapatkan apa yang kita inginkan. Winning the goal..!!. Akhir sekali, selamat menyambut tahun baru 2012 dan mudah-mudahan hidup kita semua lebih sempurna dari sebelum ini. SEKIAN

Tuesday, December 27, 2011

Hasil Sentuhan Last Minit

Seminggu yang lalu aku diberi tugasan untuk membuat bisnes plan, jadi hari ini aku ingin berkongsi hasil kerja las minit aku. Ini iklan bukan betul-betul, cobaan sahaja.(hehe).

Monday, December 26, 2011

Final Exam Akan Menjelang Tiba

Pejam celik, pejam........ (lame benor pejamnye) celik..kita tidak sedar permulaan kita semakin berada pada penghujungnya. Banyak perkara pahit dan manis yang aku lalui sepanjang semester ini dan tidak kurang juga dengan ilmu yang aku perolehi. Dari awal semester sehingga ke penghujung semester ini pelbagai program yang aku sertai yang sudah pasti berkaitan dengan ilmu civil engineer kerna matlamat aku, aku ingin berjaya dalam dunia civil engineering dimana, ilmu yang telah lama aku harungi sejak umur aku 18 tahun.

IDEERS 2011
Pada awal semester aku telah menyertai "IDEERS 2011 competition di Taiwan". Walaupun dengan duit yang tidak seberapa ada, aku ikhtiar juga demi mendapat pengalaman di negara orang. Pengalaman sepanjang berada di Taiwan sangat berharga bagi aku. Aku belajar mengenai 'team working', dimana ia sangat penting bagi seorang pelajar kejuruteraan awam, khususnya Civil Engineer. Sebagai seorang Civil Engineer, beliau memerlukan daya kerjasama yang tinggi bagi menjayakan sesebuah projek.


Build and Break Competition
Pulang dari Taiwan, aku dipanggil pula untuk menyertai "Build and Break Competition 2011" di UNITEN, Putrajaya. Aku merupakan satu-satunya bangsa melayu dalam team aku. Sukar untuk memahami bahasa mandarin, tapi aku berjaya bekerjasama dengan bangsa yang lain. Kejayaan itu bukan sukar, walaupun kita tidak sepandai dan sebijak yang lain, asalkan kita rajin untuk mencapai kejayaan, maka ia akan menjadi mudah. Seperti kita menyuluh cahaya pada jalan yang gelap. Sekiranya kita tidak cuba untuk menyuluh, pasti sukar untuk kita lalui jalan yang gelap itu.

Bengkel Perancangan & Penjadualan mengunakan microsoft project
Akhir sekali, ialah Bengkel Perancangan & Penjadualan mengunakan microsoft project di Teluk Gorek. Program ini sangat berguna dan sangat memberi ketenangan kepada aku setelah berbulan tertekan dengan tumpuan belajar. Pengunaan microsoft projek ini sangat penting bagi kerja-kerja kejuruteraan awam. Ia diperlukan untuk merancang dan menjadualkan perjalanan projek yang kita akan laksanakan. Jadi kepada yang ingin belajar dalam bidang kejuruteraan awam, rebut lah peluang belajar software ini.

Akhir kata disini, setelah banyak berceloteh aku ucapkan selamat belajar, semoga berjaya menempuh peperiksaan akhir kepada semua pelajar- pelajar tidak kira IPTA, IPTS, kolej atau seangkatan dengannya. SEKIAN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...